Make your own free website on Tripod.com

Laman SK. Permatang Buloh

Falsafah Pendidikan

Muka Depan
Piagam Sekolah
Data Sekolah
Laman Web
UPSR
Gaji
Emil PPD & Sekolah
Sejarah Sekolah
Logo
Falsafah Pendidikan
Senarai Guru Besar
Blank page
Blank page
Blank page

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara

 

FALSAFAH SEKOLAH

 

Tiap-tiap pelajar mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk

berkembang maju dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

 

Semua kakitangan di sekolah ini mempunyai keupayaan,

pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan

kebolehan iktisas serta kepercayaan profesional masing-masing,

untuk memberi sumbangan ke arah mempertingkatkan

mutu perkhidmatan dan pendidikan yang sempurna,

menyeluruh, dan bermutu bagi memajukan pendidikan.

 

Sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan

kemudahan Fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia

untuk memikul tanggung jawab bagi melahirkan

manusia yang boleh memberi sumbangan

yang positif kepada nusa dan bangsa.