Make your own free website on Tripod.com

Laman SK. Permatang Buloh

Logo

Muka Depan
Piagam Sekolah
Data Sekolah
Laman Web
UPSR
Gaji
Emil PPD & Sekolah
Sejarah Sekolah
Logo
Falsafah Pendidikan
Senarai Guru Besar
Blank page
Blank page
Blank page

moto.jpg

          

Moto Sekolah

 

BERILMU BERAMAL BERTAKWA

 

LOGO DAN WARNA

 

Lencana Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh mempunyai warna kuning, merah, dan biru. Warna kuning melambangkan kedaulatan dan ketaatan kepada Raja Negeri Kedah. Warna merah menandakan kekuatan dan keutuhan para warga sekolah menghadapi segala rintangan dan cabaran pendidikan. Warna biru menggambarkan suasana perpaduan di kalangan warga sekolah untuk bersama-sama menjulang rasa kasih sayang dan perihatin antara satu sama lain.

 

Tertera perkataan SKPB di bahagian atas lencana menunjukkan nama Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh. Segulung kertas digambarkan   sebagai kesungguhan para pelajar mengejar ilmu sehingga ke menara gading. Terdapat peralatan makmal sains yang menjadi sinar harapan kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang sains dan teknologi. Tiga buah buku yang terbuka menanti pelajar agar segera mendalami ilmu sebagai senjata utama untuk meningkatkan pengetahuan. Bunga padi mengelilingi kiri dan kanan buku-buku memperlihatkan bahawa pelajar sentiasa taat setia kepada kerajaan negeri Kedah. Lima gelung yang menyambung bunga-bunga padi menjadikan pelajar tidak lupa terhadap aktiviti kokurikulum yang membina kekuatan mental dan fizikal.